Cili
PENANAMAN CILI
PENANAMAN
Penyediaan Tanah
1. Di Ladang
list of 4 items• Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 45 cm. • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan. list end
2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
list of 2 items• Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu. list end
Menyedia Anak Benih
1. Di ladang
list of 8 items• Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. • Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. • Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. • Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm • Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari • Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan. • Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. list end
Menanam
1. Di Ladang
list of 3 items• Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. • Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. • Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris list end
2. Dalam Pasu atau bekas lain
list of 1 items• Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam. list end
PENJAGAAN
Sungkupan
1. Diladang
list of 1 items• Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. list end
2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain
list of 1 items• Gunakan rumput-rumput kering. list end
Merumput
list of 1 items• Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya. list end
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT
table with 3 columns and 7 rowsPenyakit Kawalan Bintik daun Sembur racun kulat Benomyl Antraknos buah Sembur racun kulat seperti mancozeb Kutu daun Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau Imidachloprid Hamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathion Kerekot daun dan mozek daun (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal kutu daun adalah penting.(b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Layu bakteria Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok. table end
MEMUNGUT HASIL
1. Di Ladang
list of 3 items• Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg. list end(a)Cili HijauHarga - RM5 - RM8Pendapatan kasar - RM400 - RM1200
(b)
Cili Merah Harga - RM5 - RM8Pendapatan kasar - RM500 - RM1600
2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain
list of 1 items• Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok. list end
Atas
Sumber: Panduan Menanam Cili, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar